Morning view is the best view when we life on a top of the hill. There were reports of one limestone hill in particular, in the middle of Perlis flatland, that could be hiked up for an incredible all around 360 degree view. Here i wanna share some of the view of limestone hills of the northern states of Malaysia, Keteri Hills.
Bukit Keteri was pin-pointed and developed during the Mammut/Camp5 bolting expedition. The Crown Prince of Perlis and his Wife were the first to climb at this crag and hopefully with this gesture initiated a sustainable development of climbing in this part of Malaysia.
Bukit Keteri sememangnya terkenal dengan aktiviti memanjat (climbing) dalam kalangan pemanjat dalam dan juga luar negara. Bukit Keteri juga menjadi lokasi utama pemanjat dari luar negara kerana lokasinya yang agak senang diakses oleh pengankutan awam dari utara mahupun selatan tanah air. Dikelilingi oleh sawah padi, Bukit Keteri sememangnya unik dengan panorama kehijauan 360 darjah.
Aktiviti saya kalini ini adalah multipitch bersama #perlisclimber adalah suatu yang agak unik. Ini kerana aktiviti multipich adalah aktiviti pertama kali saya lakukan di sini. Memanjat melalui (Fay, 6b) laluan di Raja Wall untuk ke pitch yang pertama. Pemandangan yang sememangnya tidak boleh digambarkan dan ia adalah terbaik disini. Seramai 4 pemanjat di mana saya adalah pemanjat yang kedua dan untuk pemanjat yang seterusnya saya melalukan top belay.
Gambar di bawah menunjukkan laluan ke pitch yang kedua. Kawasan yang agak luas di atas boleh menempatkan ramai pemanjat dalam satu masa dan saya anggarkan 20 orang juga mampu menampung tapi tidak selamat juga kalau terlalu ramai. Walaupun dilihat kawasan di atas agak luas, tali adalah penting sebagai keselamatan untuk ke sana kerana permukaan yang tidah rata dan juga faktor angin kuat.
Multipitch from 6b to 8a
Multipitch from Fay to Vasalva Manuver
Pemandangan adalah mengadap arah barat ataupun matahari terbenam. Memanjat pada waktu pagi adalah yang paling terbaik kerana tidak terkena oleh panas matahari.
Sebenarnya di atas ini hanya terdapat satu lagi laluan memajat iaitu Vasalva Manuver, 8a. Clip yang pertama hingga ke 5 masih lagi vertikal dan seterusnya perlu traverse ke kanan untuk sampai ke Top. Route ini jarang dipanjat kerana kedudukan yang agak susah untuk diakses dan memerlukan peralatan tambahan. Semasa saya memanjat juga terdapat banyak lose rock. Takut sememangnya ada kerana memanjat betul-betul dihujung jurang.
Pertama kali pengalaman multipitch bersama pemanjat berpengalaman (Amirul) saya belajar banyak benda baru seperti Top Belay, system di top. I've learned something every time at the wall.
Pastinya akan datang lagi ke Vasalva Manuver untuk percubaan kedua. Sudah tahu kelemahan, kekurangan ayuh teruskan berlatih.

This is the front view of Keteri Hill, it we be easy if u are a climber.
Join me for daily adventures on
♡ Instagram: https://www.instagram.com/sitinursara/
♡ Email: sitinursarah711@gmail.com
♡ Facebook Pages : https://www.facebook.com/SitiNurSaraa/
♡ Facebook: https://www.facebook.com/sitinursarah87
♡ Twitter: https://twitter.com/SNurSara
Comments
Post a Comment